Sunday 1 May 2016

Air terjun di Kota Tinggi

Destinasi mandi-manda pilihan di Kota Tinggi ialah di Air Terjun Kota Tinggi. Terletak Kira-kira 14km dari Homestay Taman Guru kota Tinggi.



Perjalanan dari Homestay kami ke Air terjun mengambil masa 15 minit - 20 minit pemanduan.

Air terjun Kota Tinggi  menjadi tumpuan percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.

Airnya yang sejuk dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau amat membantu untuk menjadi terapi stress dan sekaligus menyegarkan badan dan merehatkan minda.



Bunyi air terjun yang menderu-menderu menjadi halwa telinga yang indah.
Sudah semestinya memberi ketenangan minda

Air terjun Kota Tinggi juga dilengkapi dengan gelongsor. 
Pengunjung perlu menyewa pelampung untuk menaiki gelongsor.

Pemandangan di bahagian tingkat atas Air terjun

Pengunjung perlu menaiki anak tangga untuk sampai ke bahagian tingkat atas Air Terjun





Gambar-gambar lain di sekitar kawasan air terjun






Sumber gambar  : koleksi pemilik & Google




Video Air Terjun Kota Tinggi


Setelah puas bermandi-manda, bolehlah menginap di Homestay Taman Guru Kota Tinggi.
Kami menawarkan penginapan 3 bilik ataupun 6 bilik. 

Homestay Taman Guru Kota Tinggi terletak di kawasan bandar Kota Tinggi menjadi akses kemudahan asas bagi pengunjung seperti bank, pusat perdagangan, hospital, stesen minyak dan lain-lain.

Kelebihan lain Homestay kami ialah, tempat parking kereta di kawasan rumah yang berpagar boleh memuatkan 8-10 buah kenderaan pada suatu masa.





Kawasan tepi rumah boleh dijadikan tempat bersantai pengunjung sambil menikmati hidangan barbecue. 

Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri dan aircond. Jadi tidak perlu rasa segan lagi menumpang mandi di bilik orang lain.



Amat selesa bagi kegunaan pengunjung yang datang beramai-ramai bersama sanak-saudara ataupun rakan-rakan


Boleh KLIK di link bawah untuk tempahan
⇩⇩⇩


Sekiranya pengunjung ingin menempah 6 bilik, pintu penghubung antara dua unit rumah ini akan dibuka.

Untuk keterangan lanjut tentang tempahan homestay taman Guru Kota Tinggi
Sila sms, call ataupun whatsapp

Haji Fadzlah   013-3691577
Farah               011-11994345

Selamat bercuti dan marilah menginap di homestay kami.



No comments:

Post a Comment